Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, Program Pertandingan Nasyid yang dianjurkan oleh KKKR baru-baru ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Secara keseluruhannya program ini dilihat dapat memberi pengisian yang berguna kepada staf selain dapat melahirkan modal insan yang kreatif, berkeyakinan dan berkebolehan tinggi. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan mutu dalam menjalankan tugas seharian. Selain itu, konsep berhibur sambil berdakwah dapat diaplikasikan sepenuhnya melalui program ini.
No comments:
Post a Comment