Pada 13 Mei 2014, Kelab Kebajikan & Kerohanian Ranaco (KKKR) telah menjalankan program Kembara Bakti bertempat di Surau An-Nur Felda Seberang Tayor. Seramai lebih kurang 40 orang peserta menyertai program ini, yang mana terdiri daripada kakitangan Ranaco dan dibantu oleh penduduk kampung Felda Seberang Tayor.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan berbakti kepada masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat, membaikpulih dan membersih kawasan Surau An-Nur Felda Seberang Tayor.
Dengan wujudnya aktiviti kerohanian seperti ini, ianya dapat melahirkan modal insan yang berakhlak mulia serta memahami konsep gaya hidup yang positif. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Keadaan Surau An-Nur sebelum kerja-kerja baikpulih dijalankan.
Kerja-kerja baikpulih Surau An-Nur sedang dijalankan.
Keadaan Surau An-Nur selepas kerja-kerja baikpulih dijalankan.
No comments:
Post a Comment